Monday, November 14, 2011

Karnival Kesihatan Dan Keselamatan Anjuran Gabukas

Salam dan selamat sejahtera,

Pada 13 Nov 2011 dan bertempat di Jalan 3/6 Pandan Indah, Ampang Selangor telah berlangsungnya Karnival Kesihatan Dan Keselamatan anjuran GABUKAS. Karnival ini yang telah dipegerusikan oleh Sdr Chin Kok Keong yang merupakan Timbalan Yang Dipertua GABUKAS berjaya menarik lebih daripada 500 pengujung.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Penaug GABUKAS YB Dato Sri Ong Tee Keat.

Tahniah kepada kesemua ahli jawatan kuasa karnival dan nasihat daripada Yang Berbahagia Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof akhirnya majlis telah mencapai objektif yang disasarkan.

Aturcara karnival:
9.00pg Karnival dimulakan
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Kemas.
Pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Pameran cegah jenayah dan trafik PDRM.
Pameran dan demostrasi penyelamat oleh BOMBA.
Kaunter SPR
Pertandingan karaoke.
Persembahan kebudayaan oleh pelbagai kaum 1 Malaysia.

12.00tgh Majlis perasmian.
Ucapan oleh YDP GABUKAS Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof
Ucapan dan perasmian oleh YB Dato Sri Ong Tee Keat
Lawatan dan ramah mesra bersama pengunjung dan penduduk setempat.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:
1. Penaug GABUKAS YB Dato Sri Ong Tee Keat.
2. Yang Dipertua GABUKAS Dato' Mad Aris Bin Mad Yusof
3. Jabatan kesihatan daerah Hulu Langat.
4. PDRM daerah Ampang.
5. Jabatan BOMBA dan penyelamat Pandan Indah.
6. Kemas.
7. Murid-murid dan ibu bapa Kemas.
8. Angkasawan Instant Outmeal.
9. Lim Tong Chai.
10. Persatuan penduduk dan penduduk-penduduk Flat Jalan 3/6 Pandan Indah, Ampang Selangor.
11. Semua yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam karnival ini.





























Wednesday, September 28, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Pesta Tanglung 2011 GABUKAS

Salam,

25 Sept 2011 bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah bermula jam 6 ptg telah berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Pesta Tanglung 2011 GABUKAS. Tetamu kehormat YB Dato Sri Ong Tee Keat. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Masnor disusuli dengan ucapan aluan oleh YDP GABUKAS Dato Mad Aris Mad Yusof kemudian ucapan daripada Penaug GABUKAS YB Dato Sri Ong Tee Keat. Seterusnya persembahan daripada pelbagai kaum berkonsepkan 1 Malaysia, pertandingan karaoke dan penyampian duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Aturcara:
6.00ptg Kehadiran mayarakat setempat.
7.00 ~ 8.00mlm Bermula jamuan makan.
8.00 ~ 9.00mlm Ketibaan tetamu jemputan.
9.00mlm Ketibaan YB Dato Sri Ong Tee Keat.
9.00mlm Ucapan aluan daripada YDP Gabukas Dato Mad Aris Mad Yusof.
9.15mlm Ucapan daripada Penaug GABUKAS YB Dato Sri Ong Tee Keat
9.30mlm ~ 12.00mlm Persembahan daripada pelbagai kaum berkonsepkan 1 Malaysia, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan penyampian duit raya kepada anak-anak yang hadir.
12.00mlm Bersurai dan majlis bergambar ahli-ahli jawatan kuasa GABUKAS.

Tahniah GABUKAS!!!